Peta Lokasi RPHK

Peta Lokasi RPHK

Sejarah Penubuhan:

1) Rumah Penyayang Hembusan Kasturi

RPHK kini menempatkan asrama pelajar-pelajar sekolah kebangsaan dari 7-12 tahun seramai

60 orang.

Beroperasi pada bulan Mac 2008 bermula dari 14 orang pelajar sahaja pada waktu itu.

Pelajar2 tersebut terdiri dari anak-anak miskin, anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga bermasalah.

2) Rumah OKU Nur Kasih

Rumah OKU Nur Kasih ditubuhkan dengan 2 orang penghuni OKU lelaki yang berumur 40 dan 48 tahun. Kedua-duanya menghidapi sakit mental yang telah disahkan oleh pihak hospital. Mereka tidak berupaya untuk bekerja demi menampung kehidupan mereka sendiri. Atas dasar itu, setelah penilaian dibuat, Pertubuhan Nur Kasih bersama pewaris mereka bersetuju untuk sama-sama membiayai sepenuhnya keperluan kedua-dua OKU tersebut.

Kerjasama dengan Rumah Penyayang Wadi Sakinah.

Disamping membantu anak-anak miskin di bandar, PNK juga menyalurkan bantuan dan kerjasama dengan rumah kebajikan yang berada di luar bandar di antaranya Rumah Penyayang Wadi Sakinah, Merbok, Sg Petani, Kedah. Terdapat lebih kurang 20 orang pelajar sekolah rendah lelaki dan perempuan yang sangat memerlukan bantuan. Di harap dengan kerjasama yang dilakukan, dapat meringankan beban dan tanggungjawab pengurus di Rumah Penyayang Wadi Sakinah.

Perancangan Masa Depan

Disamping menitikberatkan keperluan kebajikan para pelajar, Pertubuhan Nur Kasih juga amat perihatin dengan pendidikan mereka. Justeru itu, Pertubuhan Nur Kasih akan berkerjasama dengan beberapa orang Ustaz yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam sistem pendidikan untuk memulakan sistem pendidikan dengan meniru sistem pendidikan Rasulullah SAW. Sistem pendidikan atau Madrasah Tahfiz Nur Kasih ini akan mengambil para pelajar belajar dan menetap di asrama sepenuh masa. Sistem pembelajarannya akan disesuaikan dengan kehendak Jabatan Agama Negeri dan pendidikan tarbiahnya dipantau 24 jam oleh Ustaz dan Ustazah yang berkelayakan di asrama pula. Madrasah Tahfiz ini bukan sahaja ingin melahirkan anak-anak yang berwatak abid tetapi akan melahirkan anak-anak yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam apa jua bidang yang mereka minati antaranya bidang ICT, pertanian, perkilangan, mekanik, jahitan, restoran dan katering, klinik, jahitan dan sebagainya.

Beberapa Petikan Ayat Al-Quran Tentang Kelebihan Berbuat Baik Kepada Anak Yatim Dan Fakir Miskin

03032009001 Surah An-Nisaa’>  Ayat 36

  Dan hendaklah  kamu beribadat  kepada Allah dan    janganlah kamu  sekutukan Dia  dengan sesuatu  apa jua dan  hendaklah kamu  berbuat baik  kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; Al-Quran >

03112008001

 Surah Al-Fajr>  Ayat 17

 Jangan demikian,  (sebenarnya kata-  kata kamu itu  salah). Bahkan  (perbuatan kamu  wahai orang-orang  yang hidup mewah,  lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya); Al-Quran >

Surah Adh-Dhuha> Ayat 9

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

Anak-anak dan Ibu tunggal RPHK

Anak-anak dan ibu tunggal RPHK bersama tetamu.

Anak-anak dan ibu tunggal RPHK bersama tetamu.

Pembangunan Rumah Penyayang Hembusan Kasturi

rumahrphk

 

 

RPHK sekarang  hanya sebuah rumah milik pengasasnya Hj Zubir yang telah di jadikan asrama pelajar perempuan

 

 

 

 

 

img_05611

 

 Anak anak dan ibu tunggal yang bernaung di bawah RPHK bersama tetamu yang sudi memberi sumbangan untuk menampung keperluan mereka

 

 

 

 

 

26022009006

Keperluan segera untuk asrama pelajar lelaki – 2 buah kabin hasil dari sumbangan insan yang prihatin

 

 

 

 

 

 

26022009001

Asrama dan Surau Kabin inilah yang akan menjadi kegunaan pelajar lelaki.Kami sedang mencari penyumbang yang sudi untuk menyumbang barang keperluan asrama seperti katil & tilam,almari pakaian, rak buku, rak kasut dsb