Peta Lokasi RPHK

Peta Lokasi RPHK

Sejarah Penubuhan:

1) Rumah Penyayang Hembusan Kasturi

RPHK kini menempatkan asrama pelajar-pelajar sekolah kebangsaan dari 7-12 tahun seramai

60 orang.

Beroperasi pada bulan Mac 2008 bermula dari 14 orang pelajar sahaja pada waktu itu.

Pelajar2 tersebut terdiri dari anak-anak miskin, anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga bermasalah.

2) Rumah OKU Nur Kasih

Rumah OKU Nur Kasih ditubuhkan dengan 2 orang penghuni OKU lelaki yang berumur 40 dan 48 tahun. Kedua-duanya menghidapi sakit mental yang telah disahkan oleh pihak hospital. Mereka tidak berupaya untuk bekerja demi menampung kehidupan mereka sendiri. Atas dasar itu, setelah penilaian dibuat, Pertubuhan Nur Kasih bersama pewaris mereka bersetuju untuk sama-sama membiayai sepenuhnya keperluan kedua-dua OKU tersebut.

Kerjasama dengan Rumah Penyayang Wadi Sakinah.

Disamping membantu anak-anak miskin di bandar, PNK juga menyalurkan bantuan dan kerjasama dengan rumah kebajikan yang berada di luar bandar di antaranya Rumah Penyayang Wadi Sakinah, Merbok, Sg Petani, Kedah. Terdapat lebih kurang 20 orang pelajar sekolah rendah lelaki dan perempuan yang sangat memerlukan bantuan. Di harap dengan kerjasama yang dilakukan, dapat meringankan beban dan tanggungjawab pengurus di Rumah Penyayang Wadi Sakinah.

Perancangan Masa Depan

Disamping menitikberatkan keperluan kebajikan para pelajar, Pertubuhan Nur Kasih juga amat perihatin dengan pendidikan mereka. Justeru itu, Pertubuhan Nur Kasih akan berkerjasama dengan beberapa orang Ustaz yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam sistem pendidikan untuk memulakan sistem pendidikan dengan meniru sistem pendidikan Rasulullah SAW. Sistem pendidikan atau Madrasah Tahfiz Nur Kasih ini akan mengambil para pelajar belajar dan menetap di asrama sepenuh masa. Sistem pembelajarannya akan disesuaikan dengan kehendak Jabatan Agama Negeri dan pendidikan tarbiahnya dipantau 24 jam oleh Ustaz dan Ustazah yang berkelayakan di asrama pula. Madrasah Tahfiz ini bukan sahaja ingin melahirkan anak-anak yang berwatak abid tetapi akan melahirkan anak-anak yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam apa jua bidang yang mereka minati antaranya bidang ICT, pertanian, perkilangan, mekanik, jahitan, restoran dan katering, klinik, jahitan dan sebagainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: