About Us

pelajar-di-bawah-jagaan-rphk2

Nama :
Rumah Penyayang Hembusan Kasturi (Pusat Kebajikan untuk Anak-anak Yatim, anak fakir miskin, anak-anak ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat) yang di kendalikan di bawah Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Nur Kasih Selangor.

Alamat Tetap
Lot 53958, Jalan Tanjung Shawal Off Jalan Keretapi Lama,Batu 3 Jalan Kapar, 42100 Klang, Selangor.

Alamat Surat Menyurat
Lot 7117, Batu 3 Jalan Kapar, 42100 Klang , Selangor.

Bilangan Penghuni
60 orang

Bilangan Petugas
8 orang

Akaun bank Rumah Penyayang Hembusan Kasturi
MBB : 562012003574

Laman Web
http://www.rumahpenyayanghs.blogspot.com

http://www.pertubuhannurkasih.blogspot.com

Tel :

Tuan Hj Zubir Hj Omar ( 012-3886304 / 013-2749579)
Pn Hjh Maryam Hj Ahmad Shafie ( 016-3313504 / 013-2749573)

Tel/ Fax :
03-33431335

Muqaddimah

Memandangkan masalah ekonomi yang semakin meruncing, ada golongan yang benar-benar terhimpit sehingga anak-anak tidak mendapatkan pendidikan yang sempurna. Dalam usia yang terlalu muda mereka terpaksa meninggalkan alam persekolahan dan memikirkan apa pekerjaan yang harus dilakukan demi mencari sesuap nasi. Tidak kurang juga mereka yang kehilangan tempat pergantungan atas sebab kematian dan terus kekal dalam keadaan kemiskinan.

Bukan tidak ada masyarakat yang perihatin dengan nasib mereka, Cuma mereka tidak tahu kemana harus diadukan masalah yang menimpa mereka ini . Justeru sejak penubuhan Rumah Penyayang Hembusan Kasturi yang dikelolakan di bawah Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih Selangor, kami telah dapat mengumpulkan sebilangan anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, ibu-ibu tunggal serta warga emas yang sangat memerlukan bantuan demi memberi keselesaan kepada kehidupan yang mereka lalui.

Adanya golongan fakir miskin dan lain-lain golongan yang susah ini sebenarnya menjadi penyebab dan laluan untuk yang kaya mendapat berbagai-bagai ganjarandan pahala kerana dapat menggunakan harta yang dimilikinya untuk membuat berbagai-bagai kebaikan dan kebajikan sementara hayat dikandung badan.

Justeru itulah kami ingin mengambil inisiatif ini untuk mengajak anda berganding bahu di dalam menjayakan sebuah pusat kebajikan dan pendidikan yang dinamakan Rumah Penyayang Hembusan Kasturi. ( RPHK )

Matlamat

Atas rasa bertanggungjawab RPHK berazam untuk membantu sebaik-baiknya dan berusaha bersungguh-sungguh dalam membangunkan segala keperluan serta kebajikan mereka termasuklah aspek lahiriah, jasmaniah serta pembangunan pemikiran mereka. Kita tidak mahu mereka memandang gelap masa depan mereka sedangkan mereka belum berusaha semaksima mungkin untuk mengubahnya.

Tentunya harapan serta cita-cita RPHK ingin melahirkan mereka yang tinggi mindanya, jasmaninya sangat aktif serta dapat meningkatkan amalan kerohaniannya sehingga mereka boleh bersabar dan redho dengan semua ketentuan Allah SWT. Malah mereka memiliki hati yang sangat mensyukuri apa jua nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka. Di samping kita mengharapkan mereka akan menjadi model kepada golongan yang senasib dengan mereka. Mereka akan memiliki jati diri serta kekuatan jiwa yang kental sehingga mampu pula menaungi serta membela orang lain sepertimana yang mereka perolehi di RPHK.

Misi & Visi

  1. Menjadikan Allah sebagai tempat rujuk dengan mendekatkan diri dengan Allah dan bersangka baik denganNya kerana Dialah sebaik-baik pembela, pemberi rezeki dan amat belas kasihan kepada semua makhluk ciptaanNya..
  2. Sentiasa berfikiran positif dan tidak pernah merasa kesal dengan takdir yang ditentukan Allah kerana ada yang lebih bernasib malang dari kita.
  3. Sentiasa bekerjasama dalam memotivasikan diri agar lebih optimis untuk menempa kejayaan di masa depan lebih-lebih memikirkan kehidupan yang kekal abadi di Akhirat kelak.
  4. Berbekalkan pengalaman hidup yang susah, menjadi pemangkin kepada setiap diri untuk turut sensitif dengan kesusahan orang hingga terdorong untuk turut membantu sedaya yang mereka mampu.
  5. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dianugerahkan dan redha dengan nasib yang ditakdirkan ke atasnya kerana yakin ada jutaan hikmah dan kebaikan yang tersembunyi disebalik setiap yang berlaku dan itulah tanda sedang berada di dalam kasih sayang dan perhatian Tuhan.
  6. Amal – walau banyak mana amal dan kebaikan yang telah dilakukan oleh seseorang, belum tentu ianya diterima di sisi Tuhan, untuk itu Rumah Penyayang Hembusan Kasturi menjadi satu lagi alternatif untuk sesiapa yang ingin menambahkan amal dan membuat kebajikan. Sesungguhnya di antara sifat orang bertaqwa itu semakin dia berbuat baik semakin dia terasa dirinya tidak berbuat satu kebaikan pun…

Aktiviti & Perkhidmatan

1. Mencari maklumat di mana-mana adanya golongan fakir miskin, anak-anak yatim serta ibu-ibu tunggal yang perlukan pembelaan terutamanya di sekitar negeri Selangor . Daftarkan mereka di bawah Pertubuhan Nur Kasih dan membantu menyelesaikan masalah mereka sedaya upaya.

2. Menjalinkan kerjasama dengan mana-mana syarikat korporat agar mereka boleh memberi bantuan dari segi kewangan, latihan kemahiran atau apa jua yang boleh mereka hulurkan.

3. Menjadi pusat agihan bantuan berupa barangan keperluan asas kepada golongan yang anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan mereka yang layak menerima zakat yang berdaftar dan menjadi ahli Pertubuhan Nur Kasih. Stok makanan yang disumbangkan kepada RPHK bukan sahaja untuk kegunaan asrama ini tetapi akan diagih-agihkan pula kepada orang-orang susah yang lain.

4. Menjalankan aktiviti perniagaan yang bersesuaian untuk menambahkan dana bagi menampung keperluan Rumah Penyayang Hembusan Kasturi .

5. Menganjurkan Majlis-majlis Amal dan jualan amal bagi tujuan mengumpul dana.

6. Mengadakan kelas fardhu ain, motivasi dan kaunseling untuk dewasa dan kanak-kanak secara percuma.

7. Mengadakan kelas tuisyen, kelas komputer, kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan kemahiran tambahan di dalam menguasai era IT. Kerjasama dengan sukarelawan yang telah dikenalpasti akan membantu menjayakan kelas-kelas ini di waktu hujung minggu atau cuti umum.

8. Lawatan sambil memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dari rumah ke rumah.

9. Mengadakan Lawatan sambil belajar, percutian dengan mencari penaja untuk memberi peluang mereka berhibur dan berekreasi sambil mendapat pengisian rohani untuk membangunkan jiwa mereka.

10. Membantu mendapatkan dana bagi menampung kos rawatan untuk anak-anak yatim dan miskin yang menghadapi masalah kesihatan tetapi tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana masalah kewangan.

%d bloggers like this: